Kaedah Kejiranan Semut untuk Pemilihan Fitur dalam Analisis Sentimen
ISBN:
Categories:
File Size
Format
Language
Release Year
Synopsis
Buku ini membincangkan teknik pendekatan metaheuristik, iaitu pengoptimuman koloni semut yang bertindak sebagai teknik pembalut dan k-jiran terdekat sebagai teknik pengelas yang berfungsi memilih, menilai fitur dan menjana subset fitur optimum. Gabungan dua teknik ini dikenali sebagai kejiranan semut. Gabungan kejiranan semut dengan algoritma hubungan fitur dan perkataan sentimen mampu membantu mengenal pasti fitur, perkataan sentimen serta hubungan antara fitur dan perkataan sentimen. Keberkesanan kejiranan semut dinilai pada data teks ulasan pengguna terhadap lima kategori produk elektronik. Keputusan penilaian menunjukkan kejiranan semut lebih bagus dan signifikan dalam penghasilan subset fitur optimum yang berkualiti serta meningkatkan pengelasan sentimen. Buku ini merupakan hasil penyelidikan pascasiswazah yang bertajuk Penghibridan Pendekatan Pengoptimuman Koloni Semut dan K-Jiran Terdekat bagi Pemilihan Fitur dalam Analisis Sentimen. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Kementerian Pengajian Tinggi bagi penyelidikan ini melalui geran FRGS/1/2016/ICT02/UKM/01/2 dan penerbitan buku melalui dan RHB-UKM-2020-001 (Geran Endowment RHB-UKM).