Kotej 11
ISBN:
Categories:
File Size
Format
Language
Release Year
Author
NurshazaSynopsis
Menjadi seorang penakut, sememangnya anti mendengar apa-apa cerita seram. Lagi-lagi bila nama-nama hantu disebut. Automatik akan terbayang-bayang sampai tak tidur malam dibuatnya.
“Kalau dapat kotej nombor 11 tu macam mana?” – NAILA HASEENA
“Eh, kalau dapat kotej nombor 11 tu okey juga. Baru adventure sikit. Setakat hantu, jentik ajelah.” – ZAENAL HAKEEM
“Tapikan, kalau dah mati dalam keadaan berbungkus macam tu. Kalau jadi hantu, mesti hantu pocong, kan?” – NABIL IFFAT
Dengar saja nama hantu pocong, dia mula tidak senang duduk. Terbayang-bayang apa yang diceritakan oleh sepupu perempuannya itu. Jam itu juga, dia rasa nak patah balik semula ke rumahnya. Sepupu-sepupunya itu memang tak boleh harap. Suka sangat menyakatnya dengan cerita-cerita hantu ini.
“Duk seru ajelah makhluk tu. Jangan berlagak sangat. Nanti sendiri yang kecundang.” – HARIZ SYAWAL
Betul ke kotej bernombor 11 yang diceritakan oleh Naila itu berhantu? Ataupun hanya rekaan? Kalau betul berhantu, mampu ke Lina memberanikan dirinya untuk menginap di dalam kotej itu selama empat hari tiga malam?
“Kau gila? Dah tak ada kerja ke, Zaenal Hakeem?” – LINA IRISA
Dah kenapa pula dengan Hakeem?