Keterangan Jenayah Syariah di Malaysia : Pemakaian Beban dan Darjah Pembuktian
ISBN:
Categories:
File Size
Format
Language
Release Year
Synopsis
Aspek keterangan dalam litigasi jenayah syariah merupakan komponen signifikan yang tidak boleh diabaikan. la menjadi asas kepada keizzahan neraca keadilan yang dizahirkan menerusi sistem pentadbiran keadilan jenayah syariah. Buku ini memuatkan perbincangan dan huraian secara khusus berhubung pemakaian dua aspek pembuktian yang penting iaitu beban dan darjah pembuktian bagi kes jenayah syariah di Malaysia. Perbincangan buku ini dimulakan dengan pengenalan beban dan darjah pembuktian menurut perspektif keterangan jenayah syariah. menghidangkan kerangka undang-undang yang berkaitan dengan pemakaian beban dan darjah pembuktian kes jenayah syariah di negara ini. Selain itu, buku ini juga juga merungkai permasalahan dan isu yang timbul seterusnya menyediakan saranan-saranan yang bersesuaian. Setiap saranan ini merupakan usaha bagi memperkasakan peruntukan undang-undang agar menjadi lebih komprehensif dan elektif, amalan terbaik yang seragam serta meningkatkan kefahaman dan kemahiran pengamal undang-undang syariah. Buku ini sesuai sebagai bahan rujukan kepada pengamal undang-undang syariah, ahli akademik dan pelajar undang-undang.