UFUK RENTAK SENIMAN PEMERDU ZAMAN (AHMAD NAWAB)

UFUK RENTAK SENIMAN PEMERDU ZAMAN (AHMAD NAWAB)

RM 96.00

ISBN:

978-1-4404-5453-0

Categories:

Audiobooks

File Size

0.00 MB

Format

Audiobook

Language

BM
Favorite (0)

Synopsis

KETOKOHAN seniman Ahmad Nawab dalam bidang muzik sudah diketahui umum dan tidak dipertikaikan lagi. Beliau seorang komposer berkaliber. Bermula dari bawah, seawal berusia 15 tahun, Ahmad Nawab mempelajari alat muzik (instrumen) tiupan dengan penuh minat dan mendalam. Kesungguhan Ahmad Nawab untuk berkecimpung dalam bidang ini terserlah apabila beliau menyertai pelbagai kumpulan muzik dengan giat melakukan persembahan ketika masih remaja lagi, bahkan semasa berusia 16 tahun beliau sudah pun mencipta lagu. Muzik Ahmad Nawab telah mewarnai satu pencapaian menakjubkan dalam tahun-tahun 70-an, 80-an, dan 90-an di Malaysia. Lagu MALAYSIA TRULY Asia bagi mempromosi industri pelancongan negara mencapai taraf antarabangsa, bahkan lagu NAM Lead the Way yang dihasilkan bersempena Persidangan Negara-negara Berkecuali (NAM) di Kuala Lumpur, meletakkan namanya sebagai komposer bertaraf dunia. Sebagai seorang pemuzik terkemuka, sudah tentulah beliau memiliki bukan sahaja karisma yang tinggi akan tetapi bertolak dari asas perjuangan yang jelas dan kukuh sehingga dapat menempatkan diri sebagai tokoh muzik sepanjang zaman. Sebagai mengiktiraf pencapaiannya, Ahmad Nawab pada tahun 2006 dianugerahi Tokoh Seniman Negara, satu pengiktirafan tinggi yang diberikan kerajaan Malaysia. Salam hormat. Selamat membaca!