SUCI

SUCI

RM 15.00

ISBN:

978-967-18032-9-5

Categories:

General Novel

File Size

0.75 MB

Format

epub

Language

Bahasa Melayu

Release Year

2021
Favorite (0)

Synopsis

“Waktu mak kau mati dulu aku dah nak tanam kau sekali dengan mak kau. Tapi susahlah pula kalau aku buat macam tu. Yelah, siapa nak jaga bapa kau yang jadi mayat hidup tu. Bila dua-dua dah masuk lubang kubur, lega hati aku -HABIRAH- Suci Haifa, nama tidak seindah hidupnya, Peribadinya luhur namun seringkali menjadi bahan cemuhan dan hinaan ibu tirinya. Derita mengiringi setiap perjalanan hidupnya sehingga dirinya menjadi cagaran pada seorang lelaki. Saddiq Ahmed Ghaffur, lelaki tua berpangkat dan punya kedudukan. Jika bukan wang sebagai bayaran, cukuplah dia digantikan dengan mahkota suci seorang wanita. “Jangan pandang aku tua kalau nafsu aku masih kuat untuk melayan kau. Aku boleh berikan segala-galanya apa yang kau nak. -SADDIQ- Bukan mudah menentang manusia berhati kotor dan hidup bertopengkan nafsu untuk menamatkan satu perjanjian palsu. “Kau sengaja perangkap akukan. Supaya senang kau buat aku rasa bersalah. -SHARK- Ariq a.k.a Shark bingkas menjadi pelindung. Wajah ketat dan sinis. Jangan pernah minta dirinya sayangkan perempuan. Padanya, cinta itu penipuan yang membunuh. Tapi siapa sangka, kewujudan Luna yang polos membuka benteng keegoannya. Cinta itu ada, tapi disimpan kemas-kemas biar tidak ada yang tahu. “Kalau aku kata aku nak, tak ada sesiapa yang boleh halang. Tapi kalau kau berdegil dan melawan cakap aku, aku akan seksa hidup kau.” -GANDY- Rasa cemburu mencetus perbalahan. Gandy si abang yang kemaruk mahu dirinya disayangi, sekali gus mengambil peluang. Jangan sesekali tolak permintaannya. Dia akan dapat apa yang dia mahu. Gelaran Luna mengubah keyakinan Suci Haifa yang dulunya akur dan menurut. Dia bangkit dari seribu ketakutan. Keberaniaan muncul dalam dirinya dan hidup tidak lagi diletakkan pada nasib. Dirinya bukan untuk ditindas hati kotor manusia. Bila hati sudah nekad, dia tak kan berpatah balik.”