Kesihatan Mental Dalam Kaunseling

Kesihatan Mental Dalam Kaunseling

RM 32.00

ISBN:

978-967-2851-29-5

Categories:

Motivation
General Academics
Lifestyle

File Size

16.21 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2021
Favorite (1)

Synopsis

Masalah kesihatan mental semakin mendapat perhatian meluas masyarakat Malaysia pada hari ini dan bukan lagi satu topik tabu atau terpencil seperti dahulu kerana impaknya yang besar kepada kesejahteraan kehidupan manusia. Masalah kesihatan mental yang tidak dirawat bukan sahaja akan memberi impak negatif malah mendedahkan individu atau klien kepada tindakan memudaratkan termasuk bunuh diri. Dalam konteks ini, peranan kaunselor dan profesional perkhidmatan manusia yang lain amatlah kritikal dalam memberikan bantuan psikologi bagi mencegah masalah kesihatan mental menjadi lebih tenat. Pengesanan awal simptom amat penting supaya klien boleh dibantu dan dirawat dengan segera. Justeru, buku Kesihatan Mental dalam Kaunseling dihasilkan untuk meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan kemahiran tentang kesihatan mental dalam amalan kaunseling khususnya dalam kaunseling kesihatan mental. Kesemua 10 tajuk yang dibincangkan dalam buku ini merupakan landasan terbaik untuk kaunselor dan profesional kesihatan mental yang lain melengkapkan diri dengan pendidikan kesihatan mental dan kemahiran asas klinikal yang diperlukan untuk memberikan perkhidmatan kaunseling yang profesional dan beretika dalam pelbagai seting khususnya dalam seting kesihatan mental di hospital, komuniti, pemulihan, kebajikan, rumah perlindungan, sekolah dan organisasi. Penghasilan buku ini diharap dapat memantapkan kecekapan kaunselor mengendalikan kes-kes berkaitan masalah kesihatan mental dan seterusnya dapat berkolaborasi dengan profesional kesihatan mental lain dalam mempromosi kesejahteraan mental klien serta memartabatkan bidang kaunseling khususnya kaunseling kesihatan mental.