Iskandar Malaysia: Antara Pertumbuhan dengan Kesaksamaan

Iskandar Malaysia: Antara Pertumbuhan dengan Kesaksamaan

RM 28.00

ISBN:

978-967-251-333-9

Categories:

General Academics

File Size

5.54 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2021
Favorite (1)

Synopsis

Buku ini membincangkan persoalan pokok dalam ilmu pembangunan iaitu peningkatan daya saing dan pertumbuhan di satu pihak, serta kesaksamaan dan kesejahteraan penduduk di pihak lain. Perbincangan dilandaskan kepada arus globalisasi yang berlaku dengan fokus kepada koridor pembangunan Iskandar Malaysia yang dibangunkan mulai tahun 2006. Bagi meningkatkan daya saing dan menarik pelaburan asing, kerajaan telah melonggarkan beberapa dasar ekonomi dan sosial yang diamalkan sebelum ini, manakala perancangan dibuat dengan mengambil leverage kedudukan Iskandar Malaysia berhampiran Singapura. Daya saing dan pertumbuhan dinilai dari data dan maklumat berkaitan pelaburan, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), peluang pekerjaan, dan pertambahan penduduk. Manakala, kesaksamaan dan kesejahteraan diukur melalui indikator yang tangible seperti pekerjaan, pendapatan, dan perumahan, serta yang intangible seperti persekitaran, keselamatan ekonomi, prospek masa hadapan, dan keresahan. Selain dari pihak berwajib yang terlibat dalam perancangan dan perlaksanaan, maklumat juga diperolehi dari pelbagai pemegang taruh lain seperti sektor industri dan perniagaan, pemimpin masyarakat, penduduk, mereka yang dipindahkan, dan lain-lain. Kesimpulannya, walaupun terdapat peningkatan daya saing dan pertumbuhan dalam batas tertentu, namun dimensi sosial iaitu kesaksamaan dan kesejahteraan sosial telah tidak tercapai. Buku ini sesuai dibaca oleh para pengkaji pembangunan dan pembuat dasar, pelajar, kelompok pemikir, pimpinan masyarakat sivil, media serta mereka yang mengambil berat soal impak pembangunan ke atas masyarakat.