Wahai Kau Cinta
🛍️Year End Sales🛍️
Sale ends in
RM 20.00
RM 14.00
-30% off
ISBN:
978-967-19868-2-0
Categories:
Romance
File Size
0.42 MB
Format
epub
Language
Bahasa Melayu
Release Year
2021
Favorite (8)
Author
Yaya Abdul RahmanSynopsis
ATILIA ZAHARAH: Dibesarkan dalam keluarga yang serba sederhana, Atilia Zaharah bersyukur apa adanya. Namun, kehilangan ibu dan ayahnya sekaligus meragut kaki emas adiknya yang terlibat dalam nahas kemalangan telah merubah hidup Atilia Zaharah 360 darjah. Sekelip mata, dia perlu menjadi wanita badang berhati batu. Lemah dan malas tiada dalam kamus hidupnya. Siapa kata bergelar seorang pelajar tidak boleh melakukan pelbagai kerja? Pandai membahagikan masa adalah kunci utama kejayaan.
NAUFAL: Menjadi seorang OKU (Orang Kurang Upaya) secara tiba-tiba meragut segala kekuatan dan semangatnya. Kudrat pergerakannya sangat terbatas. Dia pernah menjadi harapan sekolah dalam sukan ternama bola sepak. Namun, disangkakan panas hingga ke petang, hujan menyimbah di tengah hari. Naufal kecundang untuk tersenarai nama-nama besar wakil negara dalam sukan kegemarannya. Naufal kini si kudung. Walau bagaimanapun, mempunyai kakak seperti Atilia Zaharah, hidupnya tidak pernah bermuram duka. Semangat demi semangat dititipkan oleh kakak tersayangnya. Bakti yang dicurahkan Atilia Zaharah kepada mereka sekeluarga tidak terhingga ibarat sedalam air di lautan setinggi awan di langit.
TANAKA JAZLYNN: Dipertemukan semula bersama Atilia Zaharah adalah satu rahmat besar dalam hidupnya. Gadis muda itu punyai sumber kekuatan yang tidak pernah Tanaka Jazlynn miliki. Dilahirkan dalam keluarga yang serba mewah dan punya segalanya, tidak memungkinkan Tanaka Jazlynn hidup susah. Namun, dia sedar dirinya kosong. Hatinya kosong. Pengisian jiwanya kosong. Sekosong nilai ‘0’. Bersama Atilia Zaharah, Tanaka Jazlynn belajar erti kasih, erti rindu, erti persahabatan dan erti hidup. Tidak sia-sia dia membawa hati nan lara jauh dari bumi Narita. Malaysia adalah destinasi terakhir pencarian hidupnya.
CIKGU PUTERA: Dia seorang guru muda yang sangat segak. Mengajar Subjek Ekonomi di kelas Atilia Zaharah, menjadikan dirinya seorang pencinta wanita. Saat pertama kali terpandang wajah manis ayu pelajar cemerlang itu, telah memanah seribu rasa dalam hati sanubarinya. Padanya, gadis manis itu wajib menjadi miliknya. Seribu tahun pun akan ditunggu gadis manis itu. Dia tidak akan putus asa dalam mengejar cintanya.
Dikelilingi pelbagai karakter manusia, menjadikan Atilia Zaharah keliru. Namun, hatinya hanya satu. Tidak mungkin berpecah dua, tiga dan seterusnya. Mampukah Atilia Zaharah menelusuri hari-harinya yang penuh cabaran dan onak liku duri kehidupan?
“Tuhan, aku berserah padaMu atas segalanya.”