Rebut Hati Encik Duda

Rebut Hati Encik Duda

RM 22.00

ISBN:

rebut-hati-encik-duda

Categories:

General Novel

File Size

0.90 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2021
Favorite (7)

Synopsis

Majlis perkahwinan dibatalkan?

Humaira buat gila bila batalkan majlis perkahwinannya dengan Sharnaaz yang bakal berlangsung lagi sebulan. Tak kuasa bersuamikan lelaki curang. Dia rela dapat malu daripada merosakkan masa depannya.

Bila keluarganya kecoh, barulah Humaira terfikir mahu cari pengganti pengantin lelaki. Tapi, siapa yang mahu digantikan? Takkan Pak Mat si duda tua kerepot yang tergila-gilakannya? Bila hati dah runsing, dia lamar sahaja Ziyad si duda anak satu yang baru dikenali.

“Saya nak awak jadi suami saya. Saya nak kahwin dengan awak.”

Terpaku Ziyad bila dirinya dilamar. Bukannya dia tidak kenal si dara pingitan itu. Walaupun dia tegas melayan Humaira, tapi si gadis tidak pernah kisah. Paras rupa Humaira mengingatkan Ziyad kepada arwah isterinya.

Buah bidara dalam perahu,

Aira nak ucap I LOVE YOU.

Bila hati dah suka dan terpikat Humaira terus dengan misinya. Biar keras hati Ziyad, dia akan terus kikis ruang demi ruang untuk masuk ke dasar hati si pemuja hati. Ada sahaja yang dilakukannya untuk buat Ziyad terpikat dengannya. Dan, kalau dah jodoh tak ke mana juga. Bersama dan bersatu akhirnya.

Bila dah bersatu hati ada pula si langaunya. Dugaan lain pula yang hadir bila dah berjaya merebut hati si duda. Mampukah hubungan itu bertahan sampai ke akhir hayat mereka?