KARAM DI HATI EN. BERG
ISBN:
Categories:
File Size
Format
Language
Release Year
Author
Sara HezraSynopsis
XARLHARIETH dan MYA ADELIA bertemu ketika sesi temuduga dan ia berakhir bukanlah dengan cara yang baik. Rentetan itu dengan tanpa sengaja beberapa lagi pertemuan demi pertemuan terjadi. Namun pertemuan dengan lelaki dingin dan ego itu tidak pernah tak malang buat Mya. Mya sudah naik serik untuk bersua muka dengan lelaki itu. Malangnya lelaki itu seolah membayangi langkahnya. “Ini kali ke-5 kita bersua muka tapi dalam situasi yang berbeza. Cuma sekarang saya tak faham kenapa awak ada di sini? Bukan ke sebelum ni saya dah kata awak gagal temuduga ?” ~Xarlharieth. Itu kata Xarlharieth. Namun siapalah dia untuk menidakkan rezeki buat Mya. Akhirnya Mya tetap menjadi PA-nya selepas campur tangan si adik. Huru-hara dunia mereka kerana ‘ketidak serasian’ antara mereka sering terjadi. “Selama ini Encik Berg memang tahu siapa Mya? Dan Mya macam orang bodoh bila membiarkan Encik Berg terus seronok permainkan Mya? Atur Mya dalam setiap rancangan Encik Berg?” ~ Mya Adellia. Tegakah Mya untuk terus berhadapan dengan lelaki itu? Mampukah Xarlharieth meraih kembali kepercayaan dan cinta Mya yang pernah dia hancurkan? Siapa Nur dalam hidup Xarlharieth dan siapa pula Ghaz dalam hidup Mya? Ternyata mereka tersepit antara kenangan silam dan cinta yang kian mekar. Lalu, apa pilihan mereka? Lupakan segalanya atau karam bersama dalam lautan rindu walaupun ia sentiasa bergelora?