SAAT KASIH BERSEMI

SAAT KASIH BERSEMI

🛍️Year End Sales🛍️
Sale ends in
RM 26.00
RM 20.80
-20% off

ISBN:

978-967-19017-1-7

Categories:

General Novel
Romance

File Size

1.32 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2021
Favorite (19)

Synopsis

NUR DHUHA tidak pernah mengharap derita sepanjang hidupnya. Namun telah ditentukan nasibnya sering dirundung malang. Mahu atau tidak, kehidupannya perlu diharungi demi mencari secebis kebahagiaan.

 

Berbeza dengan Syamir yang hidupnya disaluti kemewahan. Dia yakin semua akan tunduk pada telunjuknya. Cuma Nur Dhuha satu-satunya insan di muka bumi yang tidak peduli pada statusnya menyebabkan dia tegar memburu gadis itu. Dendam Syamir terhadap Nur Dhuha begitu mendalam walau episod duka mereka sudah berlalu bertahun lamanya. Sungguh, dia belum puas menyeksa gadis itu.

 

Pertemuan semula dua musuh tradisi menyebabkan Nur Dhuha hilang arah. Mental dan fizikalnya didera seakan dia tidak layak menikmati hidup ini. Pun begitu, bencinya terhadap Syamir hanya di bibir. Luka yang digores lelaki itu berulang kali dirawat sendiri. Tetapi tahap kesabarannya ada batasan. Lantaran itu, Nur Dhuha cuba mencari kebebasan demi meraih ketenangan yang hakiki.

 

Setelah Nur Dhuha pergi membawa diri, keegoan Syamir bagai diragut. Benarlah kata pepatah, benci tandanya sayang. Betapa pentingnya seseorang itu hanya dapat dirasai bila kita kehilangannya. Hari demi hari, Syamir mula mengesan perubahan dirinya. Nur Dhuha menjadi punca hatinya goyah dan rapuh. Rupa-rupanya ada kasih yang datang bersemi tanpa disedari. Lantas Syamir nekad menjadi pemburu demi sebuah kemaafan.

 

Wajarkah kemaafan buat Syamir setelah Nur Dhuha hampir hilang pedoman diri? Masih adakah ruang untuk Nur Dhuha mengecap bahagia biarpun dirinya sering kali dilimpahi derita?