Di Hatiku Ada Kamu

Di Hatiku Ada Kamu

RM 19.00

ISBN:

9789672918196xx-test

Categories:

General Novel

File Size

5.03 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2021
Favorite (5)

Synopsis

Sinopsis DI HATIKU ADA KAMU

 

RIAN AULIA - Terlanjur cinta pada yang salah mampukah untuk kita tekan 'padam' rasa itu dari hati? Pertemuan Adif dan Rian bertitik-tolak temu janji buta yang diatur oleh keluarga. Anehnya pada Rian, lelaki itu sangat misteri dan mempunyai auranya tersendiri. Tanpa desakan mana-mana pihak, lamaran Adif diterima dengan hati yang terbuka oleh Rian sementelah Adif tampak seperti lelaki yang budiman. Namun tidak terduga sebuah kebenaran tersingkap, hampir menjadikan Rian seorang yang kecundang… 

 

AHMAD ADIF RAYQAL – Antara rasa cinta kepada Rian Aulia, kasihnya kepada Adelia, sayangnya kepada arwah kedua ibu bapanya, komitmennya terhadap Idris Holding dan sikap sopannya kepada ibu bapa Rian Aulia menjadikan dia seorang yang perahsia dan sangat misteri kerana di hatinya ada sesuatu yang terpendam… 

 

RIAN yang sengsara…

“Rian tak sanggup, pulangkan semula masa Rian, Rian tak akan kahwin dengan dia. Rian tak sanggup macam ni.” Aku teresak kuat. Nafas terasa tersekat-sekat di dada. “…Rian tak nak mengandungkan anak dia!”

Benciku kepada Adif kian bercambah di sudut hati. Sukar untuk aku menerima hakikat bahawa aku mengandungkan anak lelaki yang terang-terangan merancang untuk memusnahkan hidupku. 

 

“Rian Aulia, awak benci atau tak itu dah jatuh kepada perkara ketiga. Sekarang ni yang lebih penting, Farhan, yang kedua, I will never divorce you."- Adif

You threatened my family, you threatened us! Tak puas-puas lagi mengugut kami? Dasar jahanam!” - Rian

 

RIAN pergi jauh dan PERTEMUAN semula menjadikan Adif sebagai pengejar cinta setia. Dia mahu mengutip semula cinta yang Rian campak merata-rata. Mampukah Adif mendapatkan semula hati Rian yang keras seperti batu? Atau… mungkinkah menggunakan kelicikannya seperti sebelum ini…

 

“Gila! Lepaslah,” ucapku spontan. 10 minit macam ni masaklah aku. Farhan yang sedang terpinga-pinga berdiri meminggir di tepi kereta tu aku nak buat macam mana?

                Aku menolak lagi tubuhnya tetapi masih tak berjaya. Cepat-cepat aku mengangkat kaki dan memijak kaki Adif kuat tetapi tetap juga lelaki itu buat bodoh saja. Tak sakit ke apa dia ni... Hesy! Apasal aku pakai kasut yang tak bertumit ni... Kalau  tumit tinggi dua inci atau tiga inci, mesti dia rasa sakit.

                “Jangan tendang-tendang abang, tak berkesan punya,” ucapnya apabila dia rasa aku mungkin akan menendang kakinya. Eleh penipu, mukapun dah berkerut macam tu berlagak tak sakit konon. Aku mengetap bibir geram.

                “Saya tak terfikir tentang tu tapi terima kasih kerana bagi idea.” 

                Tapi belum sempat aku mengangkat kaki, tak semena-mena tubuhku tidak menjejak bumi lagi. Aku terjerit kecil apabila Adif mengangkat tubuhku tanpa mempedulikan Farhan yang masih tercegat melihat kami dalam keadaan sebegitu.

                “Lepaslah!” Aku memukul bahunya kerana malu sangat. Adif bukan setakat mendukung aku dan berdiri saja tapi dia siap berlari anak mengelilingi kereta. Serius malu sampai aku rasa kalau ada bola sepak kat sini memang aku dah sepak ke muka dia dah.

 

BERJAYAKAH Adif memikat Rian semula? Terpedayakah Rian akan kelicikan Adif yang masih misteri baik dahulu mahupun sekarang…