Cinta Harus Seksa
ISBN:
Categories:
File Size
Format
Language
Release Year
Author
Nana FiqreeSynopsis
Kesinambungan dari novel Cinta Tahap Dewa. Jiji sangkakan cinta tahap dewa antara dia dan Jack akan berakhir ke jinjang pelamin. Tapi siapa sangka, Jack hilang tanpa jejak sebulan sebelum majlis perkahwinan mereka. Takkan ada majlis perkahwinan tanpa pengantin lelaki. Mengapa Jack menghilang sedangkan mereka sedang asyik menyulam cinta.
Jiji mencari jawapan, cuba menjejaki Jack dengan bantuan Jill, adik tiri Jack. Tanpa dendam, sekadar mencari sebuah jawapan mengapa dia ditinggalkan secara tiba-tiba. Tanpa alasan, tanpa sepatah kata, tanpa jejak!
Dan Danny, kekasih lamanya tiba-tiba muncul menambahkan rencah dalam hubungan yang tak kesampaian itu. Danny yang setia, Danny yang masih berharap, Danny yang tulus mencintai Jiji sepenuh hati yang dulunya mereka terpaksa berpisah kerana halangan keluarga.
Jack terangguk-angguk, “Aku nak tanya kau satu benda. Kau kena jawab dengan sejujurnya.”
“Apa dia?”
“Kau betul-betul sayangkan Danny?”
Diam.
“Susah ke nak jawab soalan aku? Perlukan talian hayat? Atau jawapan subjektif?”
Diam lagi.
“Aku bagi kau jawapan objektif. Senang. A)Sayang. B)Tak.”
Masih diam.
“Apa punya bengap. Jawapan objektif pun tak boleh jawab,” Jack bercekak pinggang dari beranda sana. Sedap pula mengata aku depan-depan.
“A”
“Apa? Tak dengar!”