Mr. & Mrs. Hot

Mr. & Mrs. Hot

RM 19.00

ISBN:

e978-967-2918-04-2

Categories:

Romance

File Size

1.33 MB

Format

epub

Language

Bahasa Melayu

Release Year

2021
Favorite (8)

Synopsis

KERANA misinya, Wafa sanggup menyamar sebagai kakak kembarnya, Widad untuk bekerja di sebuah butik pengantin milik Tuan Eilmi Zahrin. Penyamarannya buat hidupnya huru-hara hingga tular diri dan bosnya digelar Mr. & Mrs. Hot. “I’m talking to you, Cik Widad!” Nada itu naik lagi setingkat. Wafa tersentak. “Saya minta maaf. Saya tahu saya salah. Saya janji, saya akan jaga mulut saya selepas ni.” “Maaf? Awak ingat senang saya nak maafkan awak? Bak sini telefon awak!” “015-2829127.” “Apa tu?” “Nombor telefon saya.” “Eh, jangan perasanlah. Saya nak telefon bimbit awak, bukannya nombor telefon!” WAFA akur, mengundur diri dari butik dan beri laluan kepada Widad. Namun dua beradik itu saling bekerjasama dalam apa jua perkara walaupun Tuan Eilmi akhirnya menjadi tunangan Widad. “Cincin berlian Widad…” Wafa terdiam. Dia tidak dapat meneruskan kata-kata bila nama Widad terpacul di mulutnya tanpa sengaja. Eilmi memegang tangan ‘Widad’. Jelas, cincin berlian yang diberikannya tiada di jari itu. T-shirt putih ditanggal dan dia terjun semula ke dalam kolam renang. Tidak lama kemudian, dia muncul di permukaan kolam. “Tak ada!” Wafa terpempan. Resah. Dia bimbang kalau Widad berfikir dia sengaja sorokkan cincin itu kerana cemburu. Dia takut dengan prasangka Widad yang itu. Air mata Wafa sudah bertakung malah menitik laju. “Sayang, saya gurau je la.” Di tangan Eilmi ada kilauan permata yang bersinar. “Suka tahu buat orang menangis,” marah Wafa seraya memukul manja lengan lelaki itu. Spontan tindakannya hingga gamam tatkala Eilmi menyapu air matanya yang jatuh. “I’m sorry,” pinta Eilmi lembut seraya menarik bahu ‘Widad’ rapat ke dada. APA akan jadi selepas Widad menghilangkan diri saat akhir di majlis perkahwinannya dengan Eilmi? “Awak sangat licik, Wafa. Di Cherating tu, awak atau Widad, Wafa?” - Tuan Eilmi. “Saya tahu saya salah kerana menyamar sebagai Widad tapi saya tak pernah merancang untuk jadi isteri awak.” - Wafa