Suami Tuan Puteri
ISBN:
Categories:
File Size
Format
Language
Release Year
Author
Wardina AisyahSynopsis
“Bonda... I present to you, Ihraz Zahin, my boyfriend..”
Ya Allah, aku? Ihraz Zahin terkaku saat mendengar ayat itu dari bibir si tuan puteri. Mata membulat. Darah sudah lama terhenti saat ayat tadi ternoktah. Wajah Eshal Rania dipandang tak berkelip. Tak guna punya tuan puteri. Siapa boyfriend kau?
“Awak dah gila ke? Saya tak nak kahwin dengan awak!” –Ihraz Zahin
“Excuse me?! You ingat I ni kemaruk sangat ke nak kahwin dengan lelaki macam you? Hu... Please!”-Eshal Rania
Kerana terlajak kata, Eshal Rania sudah tidak boleh menoleh lagi. Membohongi bonda hanya kerana tidak menyenangi Syed Ameer XXX. Akhirnya, dengan restu ayahhandanya, tuan puteri sah menjadi isteri kepada pemandu keluarganya. Ihraz Zahin dengan rasminya menjadi pemilik hati Eshal Rania.
Tuan Puteri vs driver?
Sejak dari itu, bermulalah kisah dongeng Eshal Rania. Kononnya mampu mengekalkan ego sang puteri. Dia diva! Dia mementingkan segalanya.Malah,hanya orang yang setaraf sahaja boleh mendampinginya. Namun bagi Zahin, kekayaan bukan ukuran. Walaupun dia beristerikan si tuan puteri, tapi dia tetap seorang raja. Rumah flat kepunyaannya kini menjadi rumah mereka berdua. Apa sahaja yang ada di situ, Eshal Rania perlu hormati. Mati kutu! Itulah yang terjadi pada Eshal Rania.
“Habis tu... Bilik you pulak kat mana?” –Eshal Rania
“Kat bilik awak tu la.”-Ihraz Zahin
“What?! – Eshal Rania
“Are you crazy? Want to share a room with me? Oh... No! I don’t want to share my room with you. I need my own room!” – Eshal Rania
Tanpa mereka sedar, pertengkaran itu mendekatkan dua hati. Tanpa mereka rancang, dua hati mula saling rindu merindu. Lantas dibuang rasa ego demi cinta yang tak mampu dibendung lagi. Lalu mereka mencipta bahagia.
“I want to be your wife. Wife in the true sense,”- Eshal Rania
Namun, hidup berumahtangga tidak selalunya indah. Badai tiba. Memukul ketenangan yang mereka nikmati selama ini.
“Maafkan saya,”-Ihraz Zahin
Mampukah seorang Ihraz Zahin terus setia menjadi suami tuan puteri kepada seorang Eshal Rania? Dan akan adakah sebuah kemaafan andai hati sudah terluka? Dia bukan seorang puteri yang sebenar, namun dia punya hati setanding permaisuri.