Sah Dia Milik Aku

Sah Dia Milik Aku

RM 20.00

ISBN:

9789670870588

Categories:

General Novel

File Size

1.95 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2021
Favorite (21)

Synopsis

“Saya tak akan biarkan awak berdua bawa isteri saya!” – khairul naim Kerana kalimah ini, dia terjerat dengan gadis yang tidak dikenali. Niatnya hanya ingin membantu bila merasakan gadis itu memerlukan pertolongan. “Encik, tolong lepaskan saya. Encik dah salah orang ni. Saya dah kahwin, encik. Lelaki itu suami saya!” - Qhaireena Bagi Khairul Naim, mungkin apa yang terjadi akan berakhir di situ saja. Dia tidak mahu memikirkan tentang 'isterinya' itu. Tidak perlu ada kisah mereka berdua. Namun, tidak pula pada Tengku Qhaireena. Dia mudah sungguh jatuh hati! Susahnya untuk mendekati lelaki kaku itu. Lelaki yang punya kisah cinta luka. Lelaki sarkastik pada tiap bicaranya. Lelaki itulah yang dah dia tampal dalam hatinya. Dia tak nak lelaki lain selain Abang Naim! Maka bermulalah kisah Qhaireena dan Khairul Naim. Bagi Qhaireena, KN Café adalah rumah keduanya. Di situlah tempat dia menatap wajah kesayangannya. Tetapi bagi Khairul Naim, Qhaireena tidak diendahkan. “Yang awak masih lagi kat sini kenapa, cik Tengku? Tak ada rumah ke?”- Khairul Naim Dia bukan setaraf Tengku Qhaireena, pewaris tunggal Tengku Raisudin. Gadis yang punya banyak harta. Dia pula lelaki yang bangun dari kegagalan cinta dan membina resepi kejayaan sendiri. “Ya, Zaki. Ada apa-apa ke?” - Khairul Naim “Sorry, bos. Saya bukannya nak mengganggu bos tapi...”- Zaki “Kenapa ni, Zaki? Cik ayang buat hal lagi ke?”- Khairul Naim “Betul tu, bos. Tapi kali ini bapak mentua bos datang nak jumpa bos pulak ni. Cepatlah bos!”- Zaki Khairul Naim tepuk dahi! Kenapa pula ayah Tengku Qhaireena mencemar duli mencarinya? Aduhai cik ayang! Kau dah buat apa? “Dia beritahu penyiasat saya, awak suami dia. Kamu berdua sudah berkahwin. Betul ke?” - Tengku Raisudin Bermula dari menjadi suami olok-olok, kini dia dilamar untuk menjadi suami yang sah. “Abang Naim... Sudi tak ambil Qhai jadi isteri abang?”- Qhaireena Hanya jelingan sajalah yang Khairul Naim mampu berikan. Ikut hati, mahu saja diikat-ikatnya cik ayang itu dan sumbat dalam kotak! Takkan dia nak kena jadi suami sebenar pada gadis yang tak sudah memberinya masalah? Atau mungkinkah ini jodoh yang ditentukan oleh NYA? Hai Abang Naim… Sah! Dia milik aku.