Hukum Hakam Golongan Bukan Islam Dalam Negara Islam
RM 100.00
ISBN:
9789832636960
Categories:
Religion
Law
Islam
File Size
2.93 MB
Format
epub
Language
BM
Release Year
2021
Favorite (17)
Synopsis
Buku ini mengandungi perbincangan dan perbahasan ahli perundangan Islam pelbagai aliran dalam isu hubungan di antara orang Islam dengan bukan Islam dan hubungan di antara orang bukan Islam sesama mereka dalam konteks negara Islam. Islam adalah agama yang menjadi amalan bagi orang Islam. Bagi orang bukan Islam, Islam dilihat sebagai satu perundangan yang bermanfaat untuk mereka ketahui. Pada hakikatnya, Islam memberi manfaat dalam kemajmukan kehidupan orang Islam dan bukan Islam apabila mereka mengetahui hak dan jaminan kepada mereka yang diberikan oleh agama Islam. Walaupun buku ini mengemukakan perbahasan fiqah klasik Islam dalam isu-isu perhubungan di antara orang Islam dengan bukan Islam, ia kekal menjadi suatu bahan rujukan yang releven. Bahkan peraturan dan hak yang dibahaskan dapat menjadi panduan kepada penyusunan peraturan semasa dalam perhubungan masyarakat majmuk dan berbilang-bilang agama. Yang pasti, agama Islam tidak sesekali memaksakan nilainya kepada orang bukan Islam apabila jaminan hak mereka kekal di bawah perundangan Islam. Perbezaan kepercayaan bukan menjadi penghalang dalam perhubungan harmoni di antara orang Islam dan bukan Islam. Buku ini secara keseluruhannya amat bermanfaat untuk para pengkaji, ahli perundangan, ahli akademik, penuntut ilmu dan mereka yang mempunyai kepentingan dalam memantapkan perhubungan masyarakat majmuk dari perspektif Islam.