Bisik Bisik Gelora

Bisik Bisik Gelora

RM 17.00

ISBN:

e978-967-5289-99-6

Categories:

General Novel

File Size

0.99 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2021
Favorite (67)

Synopsis

JAD IZZUDDIN : Aku berhabis wang ringgit kerana dia. Isteri apakah dia jika menghilangkan diri tiba-tiba? Bukan sekejap tapi tujuh tahun! Isteri apakah dia yang berpeluk dengan macam-macam lelaki? Tidak Arumi, Tidak...aku tak akan lepaskan kau sampai bila-bila. Deritalah kau di sisi aku!

BANIN ARUMI : Aku pergi kerana aku tidak kenal siapa dia. Aku perlu kejar cita-citaku. Nah, sekarang aku berjaya. Tapi, mengapa dia muncul di saat aku diambang kerjayaku. Dia jahat! Bekas banduan! Allah... tolong aku. Bagaimana aku mahu lari kalau dia suamiku?

SAAT tertekan...seorang perlukan wang dan seorang lagi berdendam.

“Oleh kerana kita pernah sekatil dan bersama sebelum ini, maka aku nak kau bayar upah aku melayan nafsu kau tu.” – Arumi

“Aku boleh bebaskan kau tapi dengan syarat! Kau gugurkan dulu kandungan kau tu.” – Jad

SAAT bahagia...

“Kalaulah kita begini selalu...” Terungkap dengan spontan. Arumi cepat-cepat katup mulut. Aduhhh...terlepas la pulak.

Jad diam. Dengar tapi tekun menggunting rambut Arumi di sekeliling luka. Usai itu, dia ambil alcohol prep pad untuk membersihkan luka di kepala Arumi.

“Ouch!” Spontan Arumi pegang dan halang tangan Jad menyentuh kepalanya. Mereka berpandangan dan spontan mata Jad ke arah tangannya yang dipegang oleh Arumi. Cepat-cepat Arumi lepaskan. Serba-salah dia apabila Jad hanya lihat dan senyap sahaja.

“Tahan sikit. Memang pedih.”Arumi menahan rasa pedih apabila alcohol prep pad menyentuh kulit kepalanya.

“Sakit tak?” Jad bubuh pula ubat kuning atau acriflavine.

“Erm.”

“Aku tanya sakit atau tak. Jawapannya ‘erm’ ke? Tu jawapan budak tahun satu. Budak UPSR pun tahu jawab.”

“Tak.” Arumi gigit bibir. Jad tak berubah kalau pun perangai dia baik. Arumi senyum pula. Bahagia juga hatinya ini.

“Pandai pun jawab. Kau tu selalunya jawapan SPM. Tapi, aku suka juga dengar jawapan diploma atau degree kau. Luka ni tak dalam. Aku rasa tak kena bucu frame tu.”

Arumi dah terkebil-kebil mendengarkannya. Pelik. Tapi dia diam sahaja manakala Jad merenung kulit kepala Arumi yang cedera gara-gara onarnya. Sungguh, dia kesal.

BAHAGIAKAH mereka yang terumbang-ambing rumah tangga terutama ketidaksudian Jad menerima Akif sebagai anak kandung di celah-celah kehadiran si psiko, si playboy dan si gedik?