Tuan Muda Cik Hana

Tuan Muda Cik Hana

RM 16.00

ISBN:

e978-967-5289-93-4

Categories:

General Novel
Romance

File Size

1.23 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2021
Favorite (28)

Synopsis

TUAN MUDA: Aku tak tahu kenapa aku jatuh cinta padanya. Nak kata elegan sangat, tidaklah. Ganas, suka berontak dan usik ibunya adalah. Jatuh cinta pandang pertama! Itulah Nur Hana Sulaiman, gadis yang pertama kali aku melihat sedang berkaraoke di laman rumah selepas habis majlis kahwin abangnya. Gadis yang marah giler kat aku sebab aku langgar pokok ‘bunga kembang pukul 10:00’ dia tu. Eh ehhh…dia tak nampak ke kereta aku kereta apa? Kereta Jaguar kut. Kenapa dia tak hormat aku seperti orang lain? Kenapa dia tak sudi pun pandang muka aku? Tak handsome ke? Aku Ayahanda Bad kut. Cameron Highlands tu aku pegang!

CIK HANA : Cis! Ini ibu punya pasal la! Orang yang aku tak kenal pun, dia sanggup terima jadi bakal suami aku. Nak sangat kan…baik, ini syarat aku…

1. Tidak boleh jumpa saya empat tahun

2.Sanggup menunggu saya habis belajar.

3.Jangan telefon saya

4. Jangan hantar hadiah atau apa sahaja buah tangan sepanjang tempoh bertunang

5. Kalau bertembung pun, buat tak kenal, buat tak peduli.

6. Dalam tempoh empat tahun, sila buat hal masing-masing.

7. DAN Jika saya merasakan kita tiada jodoh, saya berhak buat keputusan demi masa depan saya.

APA akan jadi setelah empat tahun berlalu dan mereka ini sepejabat :

“Selamat tengah hari Tuan Muda. Saya

Hana, saya bawa...”

“Berhenti bercakap, susun buku dan keluar!” Tegas Badri.

“Ya.” Hana angkat muka. Hanya separuh belakang kepala Tuan Muda yang dia lihat. Berlagaknya! Kalau tidak mengenangkan gaji bagus. Dicari sampai ke lubang cacing juga siapakah sebenarnya Tuan Muda ini. “Dah jam satu ni, Tuan Muda. Makan dulu, baru sambung baca. Nanti gastrik, siapa susah? Tuan Muda juga kan? Bye, saya keluar dulu.”

Badri terkedu. Sebaik sahaja pintu ditutup. Hana sentuh dadanya. “Ah kau! Beria prihatin kat dia, dah kenapa? Lantak dialah, nak baca ke apa ke? Perut kau tu yang kena isi. Dah mengamuk semua cacing kat dalam ni?” Ditamparnya mulut perlahan. “Capoi sangat.”

“PERNIKAHAN bukan sekadar jatuh cinta, lelaki memiliki perempuan, sayang. Ia berbentuk amanah dari Tuhan. Pasangan yang sudah tersurat, Allah susun cantik dah.” – Badri / Tuan Muda