Selagi Jantung Berdegup

Selagi Jantung Berdegup

RM 25.00

ISBN:

selagi-jantung-berdegup

Categories:

Romance

File Size

1.29 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2020
Favorite (8)

Synopsis

SERAM sejuk Isyqi rasakan. Aneh apabila ada orang lain di dalam biliknya. Dia terlalu malu dan segan. Selepas mandi dan bersolat isyak, dia pakai baju tidur lengan panjang. Pakai tudung. Dia tahu Affan sudah sah sebagai suami. Halal auratnya didedah kepada Affan. Tetapi dia malu. Affan masuk ke dalam bilik. Isyqi rasa berdebar dan takut. Apa akan berlaku nanti? “Wanginya kau. Ingat aku akan tergoda ke?” Affan mencebik. Seperti pedang menghunus, pedih dan ngilu mendengar kata-kata Affan. Malam pertama sebagai suami isteri, dirasakan bagai berada di pintu neraka. “Aku tak pernah terima pernikahan ni. Semua sebab terpaksa. Aku rasa kau pun tahu. Yang salah, yang bodoh kaulah sebab terima juga aku sebagai suami. Aku dah suruh jangan terima. Suruh bagitau baba kau yang kau tak nak. Tapi apa kau dah buat?” Isyqi diam. Sebelum bernikah pun, Affan nyatakan perkara yang sama. Suruh Isyqi menolak sedangkan dia sendiri pun angguk akur pada ayah dan ummi. “Aku tak akan suka pada kau. Tak hingin nak anggap kau sebagai isteri aku.” Isyqi sebak. Air mata merembes di pipi. Bahagia yang diimpi menjadi igauan semata. Suami budiman yang diimpi tidak akan dimiliki. Affan ambil beg pakaian di tepi katil. Keluarkan tuala, baju dan seluar. Kemudian masuk ke dalam bilik air. Isyqi hanya memandang kosong. Air mata masih basah di pipi. Affan keluar lengkap dengan pakaian. Tuala yang basah dibaling pada muka Isyqi. Isyqi pejam mata. Menahan sabar. Affan capai bantal dan tidur di lantai atas karpet. Isyqi terkebil-kebil sehingga azan subuh berkumandang. Hari kedua sebagai isteri sudah menjelma. *** Isyqi kemaskan meja makan. Affan duduk di sofa melayan telefon. Ralit sangat macam hendak masuk di dalam telefon saja. Isyqi malas nak melayan. Biarlah. Muka Affan pun masam dan marah setiap kali mereka berpandangan. “Ada nak apa-apa ke?” Isyqi bertanya. “Bosan. Aku tak tahu nak buat apa.” “Awak pergilah ke mana-mana pun.” “Apa kata ayah, ummi, baba kau, kalau aku keluar?” “Takkan kata apa-apa pun. Pergi sajalah.” “Mana ada pengantin baru yang keluar sendiri?” “Takde ke?” Sakit hati Affan dengan pertanyaan Isyqi. Nampak sangat sindir dia. “Jadi saja diri sendiri. Tak perlu nak berlakon sangat,” perli Isyqi. Affan besarkan matanya. “Boleh tahan juga kau ni menyindir aku. Nampak lembut sangat, tapi…” Isyqi jongket bahu. “Kenapa kau pun tak nak kahwin dengan aku? Kau ada kekasih?” soal Affan. Isyqi geleng laju. Mukanya berkerut. “Perempuan macam kau, luarannya macam sopan, baik budi. Tapi aku kenal sangat jenis macam kau ni. Mesti kau pun ada kekasih, kan?” “Tak ada.” “Eleh. Tak payah nak tunjuk baik sangat.” “Tak nak percaya sudah. Tak paksa pun.” Bersahaja Isyqi. “Okey. Kalau macam tu beritahu kenapa kau tak nak kahwin dengan aku?” Affan ajak main teka silangkata pula. “Sebab saya pernah nampak awak dengan perempuan yang berlainan. Awak ni jenis lelaki tukar perempuan macam tukar baju.” Berubah muka Affan. “Kau nampak bila? Di mana?” “Bandar ni bukan besar mana pun. Kita pun bukan berada di negeri berbeza. Masih dalam daerah yang sama.” “Jadi sahlah kau memang bodoh. Dah tahu aku macam tu, nak juga kahwin dengan aku.” Isyqi diam. Barangkali benar dia bodoh. Tetapi dia langsung tidak ada kekuatan hendak menolak kehendak baba. Ayah Haji dan Mak Haji pun sangat suka dengannya. “Jadi, kalau apa-apa jadi lepas ni, jangan menyesal. Inilah akibat kebodohan diri kau sendiri.” Pedas sekali kata-kata Affan. “Saya percaya dan terima pilihan baba.” “Eiii, ayat buku sangat kau ni. Jangan berharap sangat pada aku.” Hati Isyqi remuk. Kalau bukan berharap dan bersandar pada suami sendiri, nak berharap dan bersandar pada siapa lagi? “Aku nak keluar. Rasa semak dan sesak kepala otak aku ni berdua dengan kau.” Isyqi hanya tengok Affan berlalu. Hatinya rasa kosong. Hendak menangis tetapi tidak mampu.