Suami Tersakiti; Tebus Dosa Itu
ISBN:
Categories:
File Size
Format
Language
Release Year
Author
Siti Nur DhuhaSynopsis
“Berani kau muncul depan aku ya lepas apa yang kau dah buat!” “Ana datang…” bibir Ana Qismiena bergetaran. Ana matanya bergerak-gerak menangkung saratnya air mata. Suasana di dalam bilik pejabat itu yang sebelum ni sepi nampaknya bakal dilanda garuda sekejap lagi. “Jangan kau nak tipu aku dengan pandangan sayu kau! Aku takkan terpedaya lagi! Untuk selamanya, aku akan ingat siapa kau yang sebenarnya Ana Qismiena. Ni… tudung yang kau pakai, jubah, berstoking, handshock, dan lemah lembut kau semuanya kepalsuan. Hei… dah lah. Tak payah nak hipokrit.” Megat Gambit merentap tudung di kepala si isteri lalu digumpal dan dibaling ke tepi. “Abang…” Rambut Ana Qismiena yang panjang mengurai itu lepas bebas. Syukurlah, hanya mereka berdua sahaja di ruang itu. Megat Gambit terpaku. Dahulu, rambut isterinya itu pendek seperti tomboy. Selama tempoh masa yang berlalu, rambut itu sudah separas punggung. Lepas bebas. Cantiknya… “Tak payah nak panggil aku abang!” Bahu Ana Qismine terangkat kerana terkejut dengan jerkahan itu. Tubuhnya sedikit menggigil. Sesungguhnya saat pertemuan ini adalah detik yang paling ditakuti. Pun begitu, detik ini juga yang sering di harapkannya. Untuk berhadapan dengan suami yang telah dia khinati suatu ketika dahulu. Ana Qismiena mahu berlalu mengambil tudungnya. Namun dihalang oleh tubuh tegap Megat Gambit. “Hei…” sekelip mata tangan Megat Gambit mencengkam leher baju Ana Qismiena. Ditarik kasar sehingga tubuh mereka bertemu. Anak mata mereka bersambung pandang. Saling melihat satu sama lain bersama adunan perasaan yang bersilih ganti. “Aku bencikan kau… Saat ni, perasaan aku, rasa macam nak bunuh kau! Nak cincang kau sampai hancur!” ujar Megat Gambit bersama selahar dendam yang setinggi gunung berapi. Marak dan membakar sekeping hatinya. Yang akhirnya hangus dan menjadi debuan yang bakal ditiup angin bila-bila masa sahaja. Begitulah hancurnya jiwa Megat Gambit selama ini. Lukanya tidak pernah sembuh. Dan aliran darah dari luka yang Ana Qismiena berikan mengalir tidak pernah sekalipun berhenti. “Kenapa kau datang jumpa aku?! Hah?! Kenapa kau muncul balik?!” Suara garaunya bergema nyaring! Dari mencengkam leher baju dengan sebelah tangan, kini digunakan kedua-dua tangannya. Tubuh Ana Qismiena sedikit terangkat. Ana Qismiena tidak mampu menahan hiba di hati. Dia menangis halus dan perlahan pada Megat Gambit. Mengharapkan secebis simpati. “Perkahwinan kita yang kau khinati…” saat nafas ditarik, aliran sebak kedengaran. “Abang…” “Syy…” Megat Gambit membawa jari telunjuknya ke bibir Ana Qismiena. Ditekan keras sehingga menyakitkan. “Diam. Biar aku yang cakap!”