Pergilah Sepi 2
ISBN:
Categories:
File Size
Format
Language
Release Year
Author
Fauziah AshariSynopsis
Edisi E-book : 2020 BERTAHUN mereka bahagia, namun pemergian Ashman, anak mereka bertemu Maha Pencipta dan tiba-tiba Syafiq melafazkan cerai terhadap Afiqah buat dirinya di awangan. Malangnya tiada saksi dan Syafiq menafikan apa yang dilafazkan.
HIDUPLAH mereka sebumbung lagi. Ada dendam di hati Syafiq. Ada cuak di hati Afiqah.
“Ya Allah, kaki sayang lebam. Tunggu ya, abang ambik ubat.”
Afiqah terkedu sekali lagi. Bertambah sayu. Syafiq yang menyingsing lengan baju, berpeluh apabila cemas buat Afiqah tambah sebak. Dia lihat kakinya yang lebam berhampiran buku lali. Kemudian dia pandang Syafiq yang menyelongkar sana dan sini mencari ubat. Sakitnya bukanlah teruk sangat. Dia masih boleh berjalan lagi. Tidak tengkak pun, tetapi kerisauan Syafiq amat keterlaluan.
Aku mesti pergi. Mesti! Sebaik Syafiq berpaling sahaja dengan sebotol ubat di tangan...
“Iqa! Nak ke mana, ni?” Dahi Syafiq sudah berkerut.
““Iqa nak kunci kereta,” pintanya bagaikan tiada perasaan. Segala rasa di hati dikunci rapat-rapat.
“Sayang...kenapa ni?” Syafiq mara dengan resah. “Sayang sakit, kan?”
Afiqah menahan diri. Berombak dadanya ini mendengar ‘sayang’ di bibir bekas suaminya. Cepat dia berpaling ke arah lain. Tidak sanggup menatap wajah bingung di hadapannya ini.
Ikut hati, mahu sahaja dia rebahkan tubuhnya ke dada lelaki itu. Rasanya, segala sedih dek kehilangan Ashman belum hilang sepenuhnya selagi tubuhnya tidak berada dalam dakapan lelaki itu.
“Sayang...” Syafiq mara lebih rapat. Afiqah berundur, menjauh. Afiqah menghentikan unduran setelah Syafiq juga berhenti melangkah.
SATU rasa yang tidak pernah pergi, bak pepatah... mencintaimu bagai kelahiran dan kematian, tidak mungkin ia terulang... Namun...
“...Ammar Fahim Muhammad Syafiq adalah cucu mama, anak Fiq. Ini anak Fiq dengan salah seorang girlfriend, Fiq.”
AFIQAH terkedu. Benarkah?