Dear Ustaz Will You Marry Me
🛍️Year End Sales🛍️
Sale ends in
RM 22.00
RM 15.40
-30% off
ISBN:
9789670870465
Categories:
General Novel
File Size
1.95 MB
Format
epub
Language
BM
Release Year
2020
Favorite (15)
Author
Ameera AmeerSynopsis
Benarkah dengan bersemuka dan bertentang mata sahaja kita boleh jatuh cinta? Nay! Itu semua karut dan bagi Hazel, ianya langsung tidak relevan dengan dirinya. Lebih-lebih lagi apabila hati sudah mula terjatuh suka kepada seseorang dengan hanya mendengar suara. Ya suara! Siti kata dia gila tapi dia peduli apa yang penting hatinya sudah betul-betul suka. Siapa pun orangnya dia langsung tak ambil kira biar berlainan bangsa dan agama. Dan kerana suka juga, dia sanggup melakukan apa sahaja walaupun terpaksa tebalkan muka sehingga Siti geleng kepala.
“Rumah ustaz handsome tu dekat mana?” – Hazel
“Amboi, sampai rumah ustaz kau tanya. Takkan kau nak pergi terjah ke rumah ustaz pulak?” – Siti
Bagi Ustaz Anas, kehadiran Hazel begitu menduga imannya. Apa tidaknya, sikap berani Hazel sering membuat dia pening kepala dan selalu merah muka. Degupan jantungnya semakin tidak sekata apabila dilamar secara tiba-tiba. Fikirnya, Hazel memang dah gila!
“Saya sukakan ustaz. Sukakan agama ustaz dan cara hidup ustaz. Ajar saya tentang islam. Bimbing saya menjadi seorang muslim. Saya nak kahwin dengan ustaz dan jadi isteri Ustaz”. – Hazel
Yang difikirkan senang rupanya tidak semudah yang disangkakan. Ustaz yang disangka mudah dijinakkan rupanya
begitu kaku dan teguh pendiriannya. Huluran cintanya ditolak dan dengan hati yang kecewa, Hazel mengundur diri dan terus kembali ke ibu kota.
Setelah berbulan lamanya mereka terpisah, akhirnya mereka dipertemukan semula kerana bekerja di bawah satu bumbung yang sama. Hazel kalut tetapi ustaz Anas tetap tenang dan cuba mencari ruang.
“Saya nak beri telefon saya tapi saya cuma ada satu telefon saja. Habis tu macam mana saya nak berhubung dengan Hazel. Nak mesej, whatsapp, wechat, line atau skype?” – Ustaz Anas
“Eh! Ustaz reti eh guna semua applikasi tu? Saya ingat ustaz cuma tahu berhubung melalui surat aje”. – Hazel
“Manusia boleh berubah kan?”- Ustaz Anas
“Betul tu. Dan saya juga dah berubah. Kalau dulu saya suka sushi tapi sekarang tidak lagi. Bukan hanya selera saya saja yang dah berubah tetapi perasaan saya juga.” – Hazel
Ustaz Kazim Elias selalu berkata, kalau jodoh tidak ke mana tetapi sungguhkah mereka berjodoh andai Hazel terikat dengan permintaan orang tuanya sedang ustaz Anas pula begitu teguh mempertahankan pegangannya?