Lautan Cinta Kahfi
RM 12.90
ISBN:
978-967-17643-2-9
Categories:
Teen Novel
General Novel
Romance
File Size
6.74 MB
Format
epub
Language
BM
Release Year
2020
Favorite (2)
Author
AII FARIZASynopsis
Dari permulaan, Farihan menolak lelaki itu kerana memiliki kriteria suami yang tidak dikehendaki. Farihan enggan terlibat dengan lelaki itu. Lebih-lebih lagi antara mereka memiliki sebuah kenangan yang mengaibkan. Pertemuan pertama itu cuba dilupakan. Tetapi takdir tidak seiring kehendaknya apabila orang tua mereka rupanya kawan baik yang berjumpa semula setelah lama terputus perhubungan.
Bagi Kahfi, gadis itu dicarinya sejak malam itu. Pertemuan pertama mereka sering mendebarkan dada tatkala memori bertandang. Apabila takdir menyebelahi dengan membuka pertemuan kedua, Kahfi tidak melepaskan peluang. Dia cuba untuk mengatur langkah. Namun si gadis dengan jelas menolaknya tanpa ragu-ragu.
“You’re not my type.”
“Awal-awal lagi dah reject saya?”
"Sorry. Tapi tak berdosa saya jujur, kan?”
Kahfi tenang menerima. Dia tidak mahu terlalu menunjukkan rasa hati walaupun sungguh dia mahu melemaskan gadis itu dalam lautan kasihnya. Jauh ke dasar, jauh ke hujung dan jauh ke pinggir lautan. Lantas sekali lagi Kahfi membiarkan takdir berbicara kisah mereka yang seterusnya.