The Bad Boy's Girlfriend

The Bad Boy's Girlfriend

🛍️Year End Sales🛍️
Sale ends in
RM 21.90
RM 19.71
-10% off

ISBN:

978-967-17537-1-2

Categories:

Teen Novel
Chick-Lit
Romance

File Size

13.85 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2020
Favorite (59)

Synopsis

Kisah si minah Pau, dan mamat jahat kepala dongga! Pertemuan pertama ketika belum akil baligh, di usia 12 tahun. Si mamat jahat kepala dongga yang bertanggungjawab memberi nama gelaran baru kepada Syirah, Pau kerana tubuhnya yang gempal, dan berkulit putih susu. “Saya cakap, rupa dia ni macam pau, cikgu! Pipi dia tu, kembung, gebu macam pau! Putih pun macam pau.”-Mamat Jahat Kepala Dongga Semenjak itu, budak nakal itu tak sudah-sudah menyakatnya. Namun perkenalan yang sebentar itu berakhir setelah tamat sesi sekolah rendah. Masa berlalu pantas, Syirah sudah meningkat dewasa. Membesar cantik seperti angsa putih yang dulunya disangka anak itik yang hodoh. Kini dia seorang gadis jelita yang dapat perhatian ramai jejaka. Salah seorangnya, seorang jejaka kacak bergaya, kaya-raya, bermulut manis, dan begitu budiman. Lelaki kacak merecik hawau! “Memang you temuramah dan tanya nama semua guests yang datang malam ni ke?” -Syirah “Not really. Only those who caught my attention. And apparently, tonight, you are the only one!” -Lelaki Kacak Merecik Hawau. Dalam masa yang masa, takdir menentukan Cik Pau dan Mamat Jahat Kepala Dongga itu bertemu dan bersahabat semula. Ternyata masa tak mampu menghakis kenakalan si dia. Masih nakal dan kuat menyakat Syirah seperti dulu. Syirah yang mencari cinta, keliru antara yang kanan dan kiri. Apa itu cinta? Memuja atau memulia? Memanjakan atau memberi perhatian? Berusaha merubah pasangan seperti yang diinginkan, atau menerima seadanya? Apa itu cinta? Mamat Jahat Kepala Dongga, atau Lelaki Kacak Merecik Hawau?