Al-Quran dan Peradaban
RM 22.50
ISBN:
9789832718727
Categories:
General Academics
Religion
Islam
File Size
3.85 MB
Format
epub
Language
BM
Release Year
2019
Favorite (3)
Synopsis
Karya ini menggarap dimensi penting peradaban Islam yang dicetuskan oleh al-Qur’an. Lima bab daripada karya ini membahaskan kerangka besar peradaban Islam manakala empat bab yang lain membahaskan persoalan semasa berasaskan petunjuk al-Qur’an. Bab pertama membicarakan gagasan peradaban al-Quran yang menjadi peta kandungan al-Qur’an. Bab kedua membicarakan peranan akal dan bab ketiga membincangkan konsep peradaban dari sudut pandang al-Qur’an. Bab empat menyorot tentang gagasan al-Qur’an tentang kehidupan dan kematian. Seterusnya bab lima dan lapan membahaskan kepentingan pematuhan prinsip-prinsip al-Qur’an yang menjamin keadilan sosial dan keadilan ekonomi yang menjamin kemajuan sesebuah masyarakat serta negara. Bab 7 menumpukan terhadap perbahasan i’jaz al-Quran dari sudut sains dan kepentingan tadabbur. Teladan daripada kaum wanita yang dikemukakan al-Qur’an sebagai panduan terbaik untuk menghadapi cabaran getir sepanjang zaman diperincikan dalam bab terakhir karya ini.