Pengurusan Hukum Syarak Menurut Perspektif Usul Fiqh Sumber Hukum Syarak Siri I
RM 25.00
ISBN:
978-983-52-1613-8
Categories:
General Academics
Religion
Islam
File Size
1.60 MB
Format
epub
Language
BM
Release Year
2019
Favorite (1)
Author
Selamat HashimSynopsis
Fiqh membincangkan tentang hukum perkara yang berbentuk amali (peri laku) dengan menerangkan dalil setiap hukum tersebut secara terperinci, manakala Usul Fiqh pula menerangkan bagaimana hukum tersebut dapat ditentukan. Sehubungan itu, Usul Fiqh melandasi perbincangan tentang kaedah atau peraturan kepada ulama fiqh menginstinbat (mengeluarkan) hukum daripada dalil, iaitu berkenaan orang mukalaf, seseorang yang berkelayakan atau tidak melakukan kerja istinbat, kaedah dalam bidang ilmu bahasa yang memandu ulama fiqh memahami lafaz dan nas syarak semasa mengeluarkan dan memutus hukum, garis panduan penggunaan kias, dan peraturan yang menjelaskan jenis maslahah (kebaikan).
Buku Pengurusan Hukum Syarak Menurut Perspektif Usul Fiqh mengandungi tiga siri, iaitu Siri I: Hukum Syarak, Siri II: Sumber Hukum Syarak, dan Siri III: Kaedah Penetapan & Perundangan Hukum Syarak. Siri I: Hukum Syarak membincangkan tentang sejarah kelahiran Usul Fiqh, perbezaan Fiqh dengan Usul Fiqh, dan Kaedah Fiqhiyah. Cara ulama mengenali sesuatu hukum syarak dalam al-Quran turut diterangkan. Allah SWT ialah sumber bagi semua hukum syarak, iaitu yang menghukum perbuatan orang mukalaf. Pelbagai jenis hukum, rukhsah, dan azimah serta tempat berlakunya hukum syarak, iaitu perbuatan orang mukalaf turut diketengahkan. Syarat mukalaf untuk mematuhi arahan syarak ialah mereka mengetahui dari mana datangnya arahan tersebut dan siapa yang mengeluarkannya. Selanjutnya, siri ini turut menjelaskan tentang perkara yang berkaitan dengan ahliyah berserta halangannya dan ketiadaan maklumat, tersalah, dan paksaan.