Mawar Berduri

Mawar Berduri

RM 25.00

ISBN:

978-967-2225-01-0

Categories:

General Novel
Romance

File Size

2.88 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2019
Favorite (13)

Synopsis

Hidup 30 tahun tidak pernah bercinta. Itu yang berlaku kepada Rauf Zuhayr. Tatkala teman-teman sebaya sudah maju dengan berkahwin dan bercinta, dia tetap sendiri. Kerana prinsipnya musim bercinta bukan untuk cuba-cuba. Hingga dia bertemu dengan Diane Rose Mc Lachlan, lalu jatuh cinta kali pertama. Sayangnya, gadis itu rupanya teman wanita gelap Tan Sri Fatah. Tidak peduli! Rauf cuba juga mendapatkan gadis itu. Sayangnya setelah cintanya berbalas, ibunya menentang perhubungan itu atas alasan Diane itu tidak sekufu dengan keluarga mereka. Hadir seorang lelaki budiman dalam hidupnya membuatkan Diane tergila-gila. Dan dia hampir nanar saat mengetahui Rauf akan ditunangkan dengan seorang gadis bangsawan. Siapalah dia yang sebatang kara ini? Ketika Diane hampir rebah oleh onak duri hidupnya, Rauf hadir semula untuk merawat lukanya yang parah. Rauf nekad demi cinta biarpun tahu dia sedang menentang wanita yang memegang syurganya. Adakah pilihannya salah seperti kata-kata ibunya? “Memalukan! Perempuan baik-baik ditolak demi perempuan yang tak tentu asal usul. Anak luar nikah!”-Puan Sri Nur Ain. Tiba-tiba muncul Tunku Imranuddin dalam hidup Diane. Seseorang yang sudah lama menghilang datang menuntut kasih sayang daripadanya. Kehadirannya menyentak keegoan Puan Sri Nur Ain dan Amanda yang membenci Diane. Siapakah Tunku Imranuddin? Diane Rose... wanita yang ditinggalkan sebatang kara di dunia ini. Salah atau betul jalan hidupnya, terletak di pundaknya sendiri. Sepertimana arwah ibunya, tidak mudah untuk dia menggapai bahagia. Ditinggalkan ayah kandung, ibunya pergi menghadap Ilahi dan seterusnya cinta diduga dengan tentangan daripada ibu mentua, Diane sudah biasa menempuhi kesakitan hidupnya seorang diri. Namun Diane percaya... No Roses Without Thorns, yang mana setiap hidup pasti ada cubaan. Lambat atau cepat, Tuhan pasti akan menemukan dia dengan kebahagiaan yang ingin sangat dimilikinya!