Wahai Kau Cinta...

Wahai Kau Cinta...

🛍️Year End Sales🛍️
Sale ends in
RM 13.99
RM 7.00
-50% off

ISBN:

978-967-406-229-3

Categories:

Romance

File Size

1.52 MB

Format

epub

Language

BM
Favorite (5)

Author

Aina Emir

Publisher

Aina Emir

Synopsis

"WAHAI kau cinta... bersalah benarkah aku kerana menolak cinta dia? Berdosa benarkah aku kerana menepis cintanya? Kenapa, cinta... kau datang dalam bentuk dia, sedangkan aku tidak bersedia untuk terima dia? Aku memilih orang lain yang bukan dia. Salahkah aku, cinta?" Lisa... masih terlalu muda untuk berdepan dengan segala perasaan hampa. Paranoid sering bertandang di sanubari, bimbang kalau-kalau dirinya tidak layak untuk bercinta lagi. Perumpamaan Inggeris, "What goes around comes around," kerap menghantui jiwanya kerana Lisa sedar setiap yang berlaku itu pasti bersebab. Walaupun dia dikatakan cantik, namun Lisa tidak pernah lekang dengan rasa kecewa. Cinta pertama datang dan musnah begitu sahaja. Apakah mungkin cinta mahu menghampirinya lagi? Buat seketika, dia agak selesa dengan Kaysan, salah seorang anak majikannya. Namun dia juga tahu walaupun Kaysan menyayanginya, ibu lelaki itu tidak menyukainya. Eshan pula, abang kepada Kaysan menunjukkan sikap 'monyet' nya dan merimaskan Lisa. Mujurlah ada Elina dan Maisarah, kawan-kawan rapat yang tak pernah menghampakan. Pun begitu, Lisa tertekan dengan permintaan tayta dan jiddo yang mahu Lisa berkahwin dengan lelaki yang ada kaitan dengan keturunan datuk dan neneknya itu. Muncul lah Syed Khalil dan Muel dalam senarai pilihan mereka. Lisa jadi kalut kerana sebenarnya dia belum bersedia untuk membelitkan dirinya dengan lelaki lagi. Malangnya, Lisa tidak bebas untuk kata 'tidak'. Banyak hal yang sedang merunsingkannya apatah lagi bila dia terpaksa pilih untuk berhenti kerja. Yang merumitkan lagi apabila Lisa terpaksa berdepan dengan kerenah ahli keluarga yang datang dengan pelbagai cerita yang menakutkan. Betulkah kata-kata mereka ini? Mampukah Lisa untuk bertahan dan merasai bahagia seperti yang diimpikan?