Gerakan Syaitan
RM 17.90
ISBN:
978-967-5391-14-9
Categories:
History
File Size
39.41 MB
Format
epub
Language
BM
Release Year
2013
Favorite (1)
Author
Ann Wan SengSynopsis
Kumpulan pemujaan syaitan bukan lagi satu kumpulan rahsia. Kumpulan ini wujud dan berkembang dengan pantas di seluruh dunia.
Hakikatnya, Allah telah memberi amaran, syaitan adalah musuh paling nyata bagi manusia. Sesiapa yang mengikut ëtelunjukí syaitan akan menerima azab yang pedih di neraka. Malangnya, masih ramai yang tidak mengendahkan amaran itu. Malah apa yang lebih menyedihkan, anak-anak muda di negara kita sendiri begitu mudah terpengaruh dengan kumpulan-kumpulan itu. Mereka tidak segan silu meniru cara kehidupan para pemuja syaitan, bahkan ada yang tidak segan silu mengagung-agungkan simbol syaitan kumpulan-kumpulan itu.
Buku ini mendedahkan sebahagian kumpulan dan pertubuhan yang menjadikan syaitan sebagai berhala sembahan mereka. Ia bertujuan supaya anak-anak muda mendapat maklumat mengenai aktiviti-aktiviti rahsia kumpulan dan pertubuhan pujaan mereka itu. Walaupun ada pertubuhan yang tidak menjadikan syaitan sebagai tunggak utama kumpulan mereka, amat jelas pertubuhan itu ditubuhkan atas pengaruh syaitan.