AKU MANUSIA BERDOSA Koleksi Skrip Teater dan Filem Pendek

AKU MANUSIA BERDOSA Koleksi Skrip Teater dan Filem Pendek

🛍️Year End Sales🛍️
Sale ends in
RM 24.50
RM 17.15
-30% off

ISBN:

978-957-0598-49-9

Categories:

Language & Dictionary

File Size

3.70 MB

Format

epub

Language

BM
Favorite (2)

Synopsis

Kakak ke Kampong Chetek selepas mendapat berita tentang Dah. Gila! Macam mana Dah boleh bunuh anak-anak dia sendiri? Ju mengamuk bila dapat tahu dia ditipu. Dia bukan cinta pertama kekasihnya seperti yang disebut-sebut lelaki itu selama lima ratus tahun mereka bercinta. Amukan Ju menjadi-jadi. Terasa nak bunuh diri sekali lagi. Matahari Kasturi penat jadi cikgu. Dia perlukan perubahan. Matahari panjat gunung dengan harapan bertemu cikgu-cikgu penat yang lain. Kecewa. Matahari belajar hidup sendiri hidup berdikari hidup dalam sunyi. Madam Zaleha gila dunia. Penyakitnya itu menyebabkan dia nekad menjadi penderhaka Tuhan. Madam Zaleha yakin pekerjaannya bukan satu dosa kerana akal dan hatinya tidak waras. Tanpa sedar dia telah bertukar menjadi setan kerana telah lama disembahnya setan. Tanpa sedar dia tidak tahu lagi apa rasanya menjadi manusia. Tanpa sedar dia menzalim diri. Si Anak mula mengerti. Dia mesti hati-hati bila melangkah takut tergelincir, jatuh, luka parah kotor bersalut lumpur. Moga luka yang sedia ada segera sembuh meninggalkan parut sebagai peringatan. Moga langkah bodoh langkah tidak pasti langkah tiada manfaat langkah mengundang mudarat tidak diulang. Moga lumpur kering melembut lekang disimbah air lima kali sehari setiap hari sepanjang hayat. Moga tapak kakinya terus suci bersyurga melangkah lurus untuk kebahagiaan anak cucunya dunia akhirat. Biodata Penulis NUR AHMAD mula menulis secara profesional sejak 2002. Bermula dengan sitkom 13 episod YANG&YANG; (2002) yang diarahkan oleh Othman Hafsham, beliau mula menulis untuk skrip pementasan-pementasan teater. Nur Ahmad juga menulis untuk telefilem MENCARI JANNAH (2010), KU YAKIN BERLAKU (2010), AKU PENGEMIS CINTAMU (2011), FIRDAUS @MENJARING PELANGI (2011), CUMA ADA KAMU! (2011), BERLARI MENGEJAR CINTA (2011), SERIKANDI7 ìPerawat Jiwaî (2011), PERANG PENDEKAR (2011), PILIHLAH AKU! (2011). Skrip-skrip beliau pernah dilayarkan ke RTM dan Astro Oasis. Penulis sedang dalam proses mengusahakan novel grafik bertajuk SERIKANDI7 ìperawat jiwaî dan skrip filem ìPERANG PENDEKARî. Pada tahun 2008, lirik Nur Ahmad berjudul DENDANGAN UNTUK SERI PADUKA AYAHANDA diperkenan YTM, Dato' Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Binti Kebawah DYMM TUanku Sultan Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah. Selain menulis, Nur Ahmad juga pernah berkhidmat sebagai Pengurus Syarikat untuk TANAH LICIN SDN BHD, syarikat produksi filem milik Pengarah U-Wei Bin HajiSaari (2008-2010).