Wasiat & Wisayah dalam Perancangan Harta Prinsip dan Amalan
RM 24.50
ISBN:
978-983-52-1251-2
Categories:
Law
Islam
File Size
1.95 MB
Format
epub
Language
BM
Release Year
2017
Favorite (1)
Synopsis
Buku ini menggabungkan dua prinsip yang terdapat dalam undang-undang Islam, iaitu wasiat dan wisayah. Dua prinsip ini merupakan antara instrumen penting dalam perancangan harta orang Islam yang pada masa kini semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Perbincangan buku ini meliputi hukum syarak, undang-undang, dan amalan semasa mengenai prinsip wasiat dan wisayah. Penekanan diberikan kepada aspek wasiat dan wisayah sebagai mekanisme syarak yang digunakan sebagai instrumen perancangan harta dan aplikasinya pada masa kini.
Buku ini sesuai dijadikan sebagai rujukan dan panduan kepada pelajar di institusi pengajian tinggi, ahli akademik, penggubal dasar, golongan profesional, pihak yang terlibat secara langsung sebagai penyedia perkhidmatan perancangan harta, peguam, dan pegawai syariah, serta orang awam yang ingin mengenali dengan lebih dekat lagi dua prinsip penting dalam undang-undang Islam ini.