Sayangku Cik Tiramisu

Sayangku Cik Tiramisu

RM 17.90

ISBN:

978-983-124-987-1

Categories:

Romance

File Size

1.36 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2017
Favorite (0)

Synopsis

19 tahun. Itu tempoh yang diberikan Faiz kepada Intan untuk mereka bertemu semula. Takdir ALLAH, Intan dan Faiz bersua kembali sebelum waktu yang dijanjikan. Namun, masing-masing tidak mengenali antara satu sama lain. Pertemuan pertama, mereka saling berebut dan berbohong untuk memiliki kek tiramisu! Sejak itu, entah kenapa makin terjadi-jadi pula pertemuan mereka. Ada sahaja insiden yang membawa pertengkaran. Cukup 19 tahun waktu yang dijanjikan, masing-masing terkedu saat bertemu pandang. Dalam masih kebingungan, Faiz buat perangai gila. Waktu itu juga diluahkan lamarannya. Mahu tidak sewel sekejap otak Intan dibuatnya? Sejak pertemuan itu, makin kerap Faiz memburu Intan. Balik-balik, Faiz ajak kahwin. Rimas pula Intan jadinya. Tapi kata bijak pandai, usaha tangga kejayaan. Akhirnya Intan menerima lamaran Faiz. Masuk ke dalam keluarga mertua, dunia Intan tidak seindah dijangka. Jika ibu mertuanya bersikap A, ayah mertuanya pula berperangai B. Bertambah parah dengan si adik ipar yang berkelakuan C. Naik pening Intan jadinya.